Tuesday, January 18, 2011

hmmm.........letih dlm perjuangan...?????

SUBHANALLAH... CUBA KITA RENUNG2KAN ADAKAH KITA BETUL2 MENGIKUT AL-QURAN DAN AS-SUNNAH.....PERIKSA LAH IMAN KITA ADAKAH KITA ADA SEMUA TUUUUU.....TAQWA??..IMAN????ALLAH!!!!
ANA ADA MMBACA SEBUAH KARYA JENIS SYARAH(KALAU TAK SALAH)DI DALAM MAJALAH SOLUSI....YG MENGATAKAN BAHAWA IMAN ADALAH PAKAIAN TAQWA KALAU IMAN TAK TEGUH TAK BOLEH LAH KITA NAK JD MCM PARA SAHABAT....SYUHADA'....TABI' DAN TABI'IN....WALI ALLAH..DAN ORG2 YG BERIMAN.......AND THEN BARU KITA BOLEH KNAL ALLAH DAN SENTIASA DKATDGN NYA....HMMMM.......

HAH ANA ADA TERIGT SEORG BEKAS PELAJAR DI SEKOLAH ANA -SBPIKP-DAN JUGA BEKAS PRESIDEN BADAN DAKWAH DAN ROHANI(BADAR) BELIAU BERKATA "ANA TAK MENGENAL ERTI BERHENTI DLM PERJUANGAN........." HUH SUBHANALLAH ....HEBATNYA KATA2 TUUUU........HMMM.....TP...KINI DIA TELAH MENINGGALKAN KAMI DR BUMI.....SBPIKP ......NTAH LAH DIA BERADA DI MNA SKARANG?????
SEMOGA DALAM KEADAAN C HAT SEJAHTERA.......AMIIIIINN!!!!!

Saturday, January 15, 2011

sama jaa...dua 2 nie......

KUALA LUMPUR, 14 Jan – Ketua Pusat Pembangunan Anak Bangsa di Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK), Profesor Datuk Dr. Abdul Halim Sidek menyelar pakatan pembangkang yang tidak berasa malu apabila mengutarakan Pelan 100 hari jika menang pada pilihan raya umum (PRU) Ke-13.
Katanya, manifesto mereka pada PRU-12 pun tidak ditunaikan tetapi sekarang mereka mahu menyajikan janji-janji lain pula.
“Pembangkang patut sedar bahawa janji-janji mereka yang diutarakan dalam PRU-12 adalah satu akujanji yang termetrai antara para pengundi dengan mereka sekiranya mereka menang dalam PRU, justeru akujanji tersebut perlu dilaksanakan kerana rakyat membuat penilaian atas apa yang berlaku,” katanya kepada UMNO-Online.
Jelas beliau lagi, sewajarnya pemimpin-pemimpin pembangkang yang bijak berkata-kata ini memberi penjelasan kepada rakyat berkaitan janji-janji lama yang gagal ditunaikan dan bukan mengaburi rakyat dengan kata-kata manis yang baru pula.
“Mereka (pakatan pembangkang) seharusnya memohon maaf kepada rakyat khususnya pengundi-pengundi yang telah memberi mandapt kepada mereka untuk mentadbir dan mempunyai kuasa politik kerana rakyat bukanlah patung yang tidak bernyawa.”
Abdul Halim yang juga pensyarah di Fakulti Undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkata demikian ketika mengulas berkaitan Pelan 100 hari pakatan pembangkang yang dikecam oleh kerajaan sebagai amat populis dan tidak berpaksi di bumi nyata.
“Pembangkang telah melakukan satu penganiayaan kepada pengundi yang memberi kepercayaan kepada mereka sedangkan sebelum ini rakyat dijanjikan pelbagai tawaran, imbuhan, hadiah dan macam-macam lagi.
“Pembangkang telah melakukan satu penganiayaan kepada pengundi yang memberi kepercayaan kepada mereka sedangkan sebelum ini rakyat dijanjikan pelbagai tawaran, imbuhan, hadiah dan macam-macam lagi.
“Samalah seperti kononnya mahu menawan Putrajaya pada 16 September tapi lihatlah sudah berapa kali September berlalu namun kerajaan Barisan Nasional (BN) makin kukuh sedangkan pakatan pembangkang pula yang kucar-kacir,” ujarnya.
Tambah beliau lagi, PKR, Dap dan Pas yang membentuk pakatan atas satu nama mengeluarkan satu kenyataan baru dalam usaha mereka untuk mengekalkan populariti dan mengaburkan pengundi.
“Rakyat yang mengundi pembangkang pada PRU lalu hauskan janji-janji yang sebelum ini dilaungkan oleh para pemimpin mereka ketika meraih perhatian untuk mendapatkan kuasa pada PRU lalu tetapi apa yang diberikan oleh pembangkang kepada para pengundinya?”
Bulan lalu, pakatan pembangkang mengemukakan tawaran dalam Program 100 hari yang antaranya menjanjikan penghapusan kutipan tol di semua lebuh raya di negara ini sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 nanti selain merombak struktur subsidi bagi mengurangkan subsidi kepada swasta dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat, menaikkan imbuhan perguruan RM500 sebulan dan melupuskan Felda Plantations bagi membuka ladang yang diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.- MediaUMNO

allah selamatkan pahaman para ahli poltik ya allah........

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan keputusan kerajaan negeri tidak melaksakan hukum hudud kerana kebimbangan bahawa kerajaan persekutuan akan campur tangan dengan mengisytiharkan darurat untuk merampas pentadbiran kerajaan negeri.

Katanya, beliau tidak mahu perlembagaan negeri itu digantung sekali lagi seperti yang pernah dilakukan oleh Majlis Gerakan Negara (Mageran) pada sekitar tahun 1969 dahulu.

nik aziz meeting with bloggers, kl"(Tun) Dr Mahathir(ketika itu perdana menteri) datang ke Kelantan memberi amaran sekiranya (kerajaan) Kelantan laksana hudud, kerajaan pusat akan mengambil tindakan.

"Sebelum ini, Kelantan pernah digantung perlembagaan oleh Mageran... Jadi kalau (kita) tak boleh buat semua, jangan kita tinggal semua," katanya sambil membaca kaedah fiqhiyyah bagi menyokong hujahnya.

"Kalau kerana hukum hudud, satu Kelantan kena Mageran... dan kerajaan Kelantan nak digantung oleh kerajaan pusat, (jadi) itu tak cerdik," kata Nik Aziz dalam satu dialog bersama penulis blog dan facebook di Hotel Grand Season di ibu negara, malam semalam.

Mursyidul am PAS itu berkata, sekiranya ketiadaan kuasa untuk melaksanakan undang-undang tersebut, maka tidak boleh ditinggalkan semua undang-undang berkenaan.

Ambil secupak

Dengan mengumpamakan tindakannya itu sebagai seguni beras, katanya, sekiranya tidak mampu untuk membawanya, maka "diambil secupak-secupak" sehingga habis.

nik aziz meeting with bloggers, kl"Oleh itu, kita tak laksana hudud (keseluruhan), tetapi kita laksana (Islam) satu persatu. Alhamdulilllah kaum Cina dan India menyokong PAS," katanya yang mendapat tepukan kira-kira 130 penulis blog dan pemilik Facebook.

Katanya hal demikian berlaku kerana berkat doa dan dakwah yang dilakukan membuatkan bukan Islam berasa selesa dan tidak takut dengan ajaran Islam.

Nik Aziz yang juga pesuruhjaya PAS Kelantan berkata demikian ketika menjawab soalan penulis blog Azizi Abdullah yang mengutarakan soalan mendakwa semangat PAS untuk menegak undang-undang jenayah Islam itu dilihat "mengendur" selepas bersama Pakatan Rakyat.

hudud lawSebelum itu, exco Kelantan Datuk Takiyuddin Hassan turut memberi respon terhadap soalan berkenaan dengan menegaskan bahawa undang-undang tersebut sudah diluluskan pada tahun 1993 dan belum dimansuhkan.

Bahkan ia juga telah mendapat perkenan daripada Sultan Kelantan tetapi ia tidak dapat dilaksanakan kerana "ada halangan dan cabaran".

Katanya, pendirian kerajaan negeri pada ketika itu adalah memikirkan kemudaratan yang akan dihadapi kerajaan negeri itu sekiranya undang-undang itu dilaksanakan.

nik aziz meeting with bloggers, kl"Kalau laksana hukum hudud apakah, halangan dan cabarannya.(Oleh sebab itu) kita tak laksana (hukum hudud).

"Tetapi ia tetap dilaksanakan dalam bentuk yang lain," katanya yang juga seorang peguam.

Takiyuddin berkata walaupun tidak dilaksanakan, tetapi undang-undang kecil yang lain dapat diimplimentasikan.
Royalti minyak

Sementara, exco kanan Datuk Husam Musa pula menafikan tanggapan penulis blog yang bahawa tiada perkembangan berhubung isu tuntutan royalti minyak.

Katanya, tuntutan tersebut didokong oleh semua pihak, dan kerajaan negeri memberi kepercayaan kepadanya untuk meneruskan permohonan tuntutan berkenaan.

azlan"Ia bukan isu politiktetapi untuk menjaga amanah. Seperti mana yang disebut oleh Tok Guru, isu royalti adalah isu amanah, dan beliau adalah pemegang amanah, maka kita menuntut amanah itu bagi rakyat negeri Kelantan," katanya.

Sehubungan itu, Husam yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Kelantan mengajak semua penulis blog dan Facebook hadir ke Mahkamah Tinggi Perdagangan Kuala Lumpur berhubung permohonan kerajaan pusat untuk mencelah menjadi defendan bagi isu tuntutan royalti minyak.

"Kita bantah permohonan itu," katanya sambil menambah permohonan itu berlangsung pada 27 Januari ini.

"Kerajaan pusat mungkin rasa Petronas berseorangan atau rasa mereka memerlukan bapa kerana tak sanggup menghadapi (kerajaan negeri) Kelantan," katanya sinis.

NONETambahnya, pendekatan lain oleh kerajaan negeri berhubung isu berkenaan akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Sebelum majlis dialog itu dimulakan, Nik Aziz menyampaikan sedikit ucapan ringkas yang mana beliau menasihatkan penulis blog dan Facebook supaya tidak menulis sesuatu "sesuka hati".

"Tulis baik, balasannya syurga. Tulis jahat, balasannya neraka," katanya sambil merujuk tulisan dalam blog yang mendakwa beliau dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke ICU, beberapa bulan lalu.